Saturday, March 22, 2014

SUP IKAN HARUAN { MENU BERPANTANG }



Dalam berpantang ikan haruan amat baik diamalkan kerana dapat menghindarkan rasa sakit dan menyembuhkan luka dengan cepat..tidak kira bersalin normal atau pembedahan.
Menu ikan haruan ini boleh dipelbagaikan antara nya goreng,bakar,stim atau sup..
Haruan mengandungi sejumlah besar vitamin A.kehadiran logam berat seperti kalsium,magnesium,tembaga,besi,mangan,nikel,plumbum,dan zink juga lebih rendah daripada paras toksik yang dibenarkan untuk badan manusia..

Ikan haruan boleh hidup dalam air bertakung,bergerak perlahan ,cetek dan berlumpur..
Mak juga pernah bagi tahu ikan haruan ,toman ,bujuk adalah satu keluarga...cuma lain spesis..
macam toman sais nya lebih besar sedikit..
Disini Ina nak share resepi sup ikan haruan..

       SUP IKAN HARUAN

bahan-bahan:
  2 ekor ikan haruan
  4 cawan air 
  3 sudu minyak jagung
  2 sudu makan lada hitam ( ditumbuk) - bahan B
  4 ulas bawang merah ( ditumbuk) - bahan A
  3 ulas bawang putih ( ditumbuk) - bahan A
  3sm halia ( ditumbuk)  - bahan A
  2 keping asam keping
  garam secukup rasa.

( sebelum tu ikan haruan boleh dicuci dengan perahan limau / asam jawa )

cara-cara :
- panaskan minyak jagung ,kemudian kita tumiskan bahan A yang dah ditumbuk tadi sehingga naik bau..
- masukkan air sehingga mendidih,kemudian boleh lah kita masukkan ikan,lada hitam dan asam keping.
- reneh sehingga ikan masak,pastu masukkan garam secukup rasa..boleh dihidang..
-jika nak taburkan sedikit daun sup pon boleh..
-hidang...SELAMAT MENCUBA.. :)





Sunday, March 9, 2014

PETUA SELEPAS BERSALIN

Assalammualaikum,hari ni Ina nak kongsikan petua orang lama2 boleh kita amalkan dan jimat kos juga..
banyak khasiat kata mak saya petua lama ni..Mak ina suka bercucuk tanam pokok2 herba ni..teringat masa zaman berpantang anak 1st dulu mak ada juga ajar sedikit sebanyak tradisi nenek moyang kita..petua tradisi orang melayu ..

untuk hari ni ina kongsikan beberapa petua tradisi zaman nenek moyang kita dulu...

petua
BADAN LANGSING SELEPAS BERSALIN:




  • Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin boleh lah amalkan ambil 5cm halia bara  10 biji lada hitam dan 30 ekor ikan bilis,tumbuk semua lumat dan perahan air limau nipis.Makan setiap hari ketika berpantang.
  • ( halia bara ni juga salah satu bahan mandian herba..banyak khasiat dia.. )
LAWAS AIR BESAR SELEPAS BERSALIN:


  • Adakalanya ada diantara kita ibu yangt selepas kelahiran anak sembelit ,sukar membuang air besar .Untuk menghindari masalah ini.ambil daun sawi ditumis dengfan mengunakan sedikit minyak masak dan sedikit air.amalkan setiap hari..Minum air masak yang cukup,inshaAllah akan mudah membuang air besar.
  • Amalkan meminum segelas air perahan limau Sunkist panas suam..diminum bersama dengan sarapan.inshaallah membantu masalah sembelit..
MENGECUTKAN RAHIM:


  • Wanita yang baru bersalin akan menghadapi masalah mengecutkan rahim atau saluran peranakan .Ada dengan cara bertungku, bertangas,dan makan jamu.salah satu cara tradisional untuk menyembuhkan luka- luka pada saluran peranakan ialah dengan cara iaitu ambil sebiji manjakani atau 2 bji .kemudian rendam didalam air panas beberapa minit .Setelah manjakani agak lembut maka tumbuk lah halus2 dan gentel sebesar biji kacang kemudian telan.amalkan pagi dan petang atau pun di malam hari ...inshaallah berjaya..
  • rebus manjakani dan air rebusan boleh dijadikan bahan pencuci faraj..boleh juga membantu menghilangkn bau kurang enak,membantu mengetatkan faraj.
SUSUT PERUT SELEPAS BERSALIN :


Campurkan 2 sudu kapur makan ( kapur sireh tuu ),bersama 4 sudu besar cuka /perahan limau dan sekeping ragi cina.lumurkan pada seluruh  perut .kemudian barulah memaka bengkung.Amalkan setiap hari.inshaallah perut menjadi ramping dan kempis.

Thursday, March 6, 2014

PAKEJ URUTAN BERSALIN

PAKEJ URUTAN BERSALIN NORMAL /BEDAH



Saya menyediakan perkhidmatan urutan serta penjagaan berpantang sekitar kawasan JOHOR BAHRU dan erea berhampiran..mempunyai sijil yang diiktiraf dalam bidang urutan serta penjagaan dalam berpantang.

pakej bersalin saya merangkumi seperti berikut;

  • Urutan Tradisional bersalin pemulihan badan.
  • Bertungku
  • Bertangas
  • Lulur herba / halia
  • Mandian aura herba ibu bersalin
  • Membantu ibu memakai bengkung
  • Memakaikan param pilis
  • Memasakkan makanan ibu bersalin ( lauk disediakan oleh ibu)
  • Mandi bayi
  • Urutan bayi
  • urutan bayi
  • Membasuh pakaian ibu & bayi
  • Juga membantu meringankan kerja ibu dirumah bagi memberi si ibuberpantang dengan sepenuhnya..
Pakej ini mengikut kemampuan pelanggan ingin mengambil berapa hari yang mereka inginkan,
namun begitu saya syorkan untuk ibu bersalin mengambil urut,bertangas dan bertungku adalah sangat penting yang perlu diambil minimum 3 hari.Perbincangan dialukan .sebarang perundingan ,usah ragu2 untuk hubungi saya.

**Untuk penempahan urutan bersalin serta penjagaan berpantang hendaklah awal 2 bulan sebelum kelahiran.

HUBUNGI PN LINA
 0127419914
CALL/ WHATSSAP

TENTANG SAYA

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Saya menyediakan perkhidmatan dari rumah ke rumah pelanggan khusus wanita Johor bahru . Sebarang penempahan boleh sahaja call , whatssap terus ke no tel saya..
saya memang berminat dalam bidang mengurut ni, jadi saya mengikuti krusus  urutan tradisonal dan penjagaan berpantang bagi memantapkan ilmu yang sedia ada.

Saya menyediakn perkhidmatan seperti dibawah :

  • urutan badan tradisional melayu
  • urutan ibu mengandung
  • urutan ibu lepas bersalin ( biasa / bedah ) serta penjagaan berpantang
  • urutan payudara & wajah
  • urutan terseliuh
  • refleksology
  • lulur scrab badan
  • masker badan gunung berapi
  • Mandian aura herba
Minyak urut saya guna kebiasaan saya mengunakan minyak herba & minyak release stress 3 aroma gabungan mantap minyak serai wangi,kelapa dara & bunga matahari. Lulur dan masker badan juga dibekalkan dari pembekal SPA yang terpilih..tanpa ada bahan kimia,semua dibuat secara nutral.

Alhamdullillah, ramai pelanggan yang sudah menerima urutan,& perkhidmatan lulur saya  amat berpuas hati.

salah satu feedback pelanggan saya yang menerima rawatan dari saya.
syukur alhamdullillah,mereka berpuas hati.. 





** untuk penempahan urutan bersalin serta penjagaan berpantang hendaklah awal 2 bulan sebelum tarikh due nersalin puan2.. 

sebarang penempahan urutan dan lain2 boleh hubungi saya pn.erina..
sebelum itu saya beri tahu lebih jelas,perkhidmatan saya khusus buat gadis2, & wanita sahaja..
call /whatssap 0127419914

boleh juga u olls add fb saya https://www.facebook.com/Qasehrina
atau like page saya https://www.facebook.com/pages/Traditional-Massage-Services