banyak khasiat kata mak saya petua lama ni..Mak ina suka bercucuk tanam pokok2 herba ni..teringat masa zaman berpantang anak 1st dulu mak ada juga ajar sedikit sebanyak tradisi nenek moyang kita..petua tradisi orang melayu ..
untuk hari ni ina kongsikan beberapa petua tradisi zaman nenek moyang kita dulu...
petua
BADAN LANGSING SELEPAS BERSALIN:
- Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin boleh lah amalkan ambil 5cm halia bara 10 biji lada hitam dan 30 ekor ikan bilis,tumbuk semua lumat dan perahan air limau nipis.Makan setiap hari ketika berpantang.
- ( halia bara ni juga salah satu bahan mandian herba..banyak khasiat dia.. )
LAWAS AIR BESAR SELEPAS BERSALIN:
- Adakalanya ada diantara kita ibu yangt selepas kelahiran anak sembelit ,sukar membuang air besar .Untuk menghindari masalah ini.ambil daun sawi ditumis dengfan mengunakan sedikit minyak masak dan sedikit air.amalkan setiap hari..Minum air masak yang cukup,inshaAllah akan mudah membuang air besar.
- Amalkan meminum segelas air perahan limau Sunkist panas suam..diminum bersama dengan sarapan.inshaallah membantu masalah sembelit..
MENGECUTKAN RAHIM:
- Wanita yang baru bersalin akan menghadapi masalah mengecutkan rahim atau saluran peranakan .Ada dengan cara bertungku, bertangas,dan makan jamu.salah satu cara tradisional untuk menyembuhkan luka- luka pada saluran peranakan ialah dengan cara iaitu ambil sebiji manjakani atau 2 bji .kemudian rendam didalam air panas beberapa minit .Setelah manjakani agak lembut maka tumbuk lah halus2 dan gentel sebesar biji kacang kemudian telan.amalkan pagi dan petang atau pun di malam hari ...inshaallah berjaya..
- rebus manjakani dan air rebusan boleh dijadikan bahan pencuci faraj..boleh juga membantu menghilangkn bau kurang enak,membantu mengetatkan faraj.
SUSUT PERUT SELEPAS BERSALIN :
Campurkan 2 sudu kapur makan ( kapur sireh tuu ),bersama 4 sudu besar cuka /perahan limau dan sekeping ragi cina.lumurkan pada seluruh perut .kemudian barulah memaka bengkung.Amalkan setiap hari.inshaallah perut menjadi ramping dan kempis.




No comments:
Post a Comment