Dalam berpantang ikan haruan amat baik diamalkan kerana dapat menghindarkan rasa sakit dan menyembuhkan luka dengan cepat..tidak kira bersalin normal atau pembedahan.
Menu ikan haruan ini boleh dipelbagaikan antara nya goreng,bakar,stim atau sup..
Haruan mengandungi sejumlah besar vitamin A.kehadiran logam berat seperti kalsium,magnesium,tembaga,besi,mangan,nikel,plumbum,dan zink juga lebih rendah daripada paras toksik yang dibenarkan untuk badan manusia..
Ikan haruan boleh hidup dalam air bertakung,bergerak perlahan ,cetek dan berlumpur..
Mak juga pernah bagi tahu ikan haruan ,toman ,bujuk adalah satu keluarga...cuma lain spesis..
macam toman sais nya lebih besar sedikit..
Disini Ina nak share resepi sup ikan haruan..
SUP IKAN HARUAN
bahan-bahan:
2 ekor ikan haruan
4 cawan air
3 sudu minyak jagung
2 sudu makan lada hitam ( ditumbuk) - bahan B
4 ulas bawang merah ( ditumbuk) - bahan A
3 ulas bawang putih ( ditumbuk) - bahan A
3sm halia ( ditumbuk) - bahan A
2 keping asam keping
garam secukup rasa.
( sebelum tu ikan haruan boleh dicuci dengan perahan limau / asam jawa )
cara-cara :
- panaskan minyak jagung ,kemudian kita tumiskan bahan A yang dah ditumbuk tadi sehingga naik bau..
- masukkan air sehingga mendidih,kemudian boleh lah kita masukkan ikan,lada hitam dan asam keping.
- reneh sehingga ikan masak,pastu masukkan garam secukup rasa..boleh dihidang..
-jika nak taburkan sedikit daun sup pon boleh..
-hidang...SELAMAT MENCUBA.. :)

No comments:
Post a Comment